Cari:
Rusia, Jepun Nanti-Nantikan Hubungan Bilateral Capai Kemajuan Substantif
2016-12-03 14:30:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Rusia, Vladimir Putin menerima surat yang ditulis oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida di St. Petersburg pada 2 Disember lalu.

Putin dalam pertemuan itu berkata, Rusia dan Jepun sama-sama berusaha untuk menggalakkan dialog dua hala yang dikemukakan oleh Abe. Rusia bersedia mengekalkan komunikasi bilateral dengan Jepun.

Kishida menyatakan bahawa Jepun amat mengalu-alukan harapan yang disampaikan oleh Presiden Putin agar hubungan Rusia-Jepun mencapai kemajuan yang substantif dalam ucapan perutusan negara tahunan pada 1 Disember lalu. Jepun sedang membuat persiapan bagi lawatan Putin ke Jepun.

Menurut media Rusia, Putin dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada pertengahan Disember ini. Shinzo Abe dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Putin di Nagato, Yamaguchi, kampung halaman sendiri pada masa itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China