China menentang dengan tegas program pertukaran pihak rasmi dan hubungan ketenteraan dalam sebarang bentuk antara Amerika Syarikat dengan Taiwan. Pendirian China ini konsisten dan jelas.
Menurut laporan berkenaan, Kongres AS membincangkan usul belanjawan pertahanan negara 2017 baru-baru ini dan mungkin akan memasukkan program pertukaran pegawai tentera antara AS dengan Taiwan dalam usul itu.
Sehubungan dengan hal itu, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menyatakan bahawa China amat prihatin terhadap maklumat itu. China menggesa AS berpegang kepada dasar satu China dan prinsip tiga pengumuman bersama China-AS, menangani isu Taiwan dengan berhati-hati untuk mengelakkan hubungan China-AS daripada terjejas.