Cari:
Iran Menentang AS Lanjutkan Akta Sekatan terhadap Negaranya
2016-12-03 15:29:21 CRI Cetak

Iran menyuarakan tentangan terhadap Senat Amerika Syarikat yang memutuskan untuk melanjutkan Akta Sekatan terhadap negaranya semalam, dan menganggap tindakan itu bukan sahaja melanggar semangat perjanjian program nuklear Iran dan juga membelakangi kewajipan AS yang tidak mencampur tangan dalam urusan negara lain dan hal ehwal antarabangsa di bawah rangka Undang-undang Antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qasemi menyatakan bahawa kerajaan AS perlu menunaikan janji antarabangsanya. Sejak perjanjian program nuklear Iran dicapai, Iran mematuhi perjanjian berkenaan dengan sungguh-sungguh dan juga membuat penilaian terhadap perubahan dalam proses pelaksanaan perjanjian itu agar mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara.

Senat AS kelmarin meluluskan ketetapan untuk melanjutkan Akta Sekatan terhadap Iran selama 10 tahun sehingga penghujung tahun 2026. Akta itu telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan AS pada bulan November, dan akan dikuatkuasakan setelah ditandatangani oleh Presiden Barack Obama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China