Cari:
Britain Tidak Akan Undurkan Diri dari Pentas Dunia
2016-12-03 16:07:55 CRI Cetak

Menteri Luar Britain, Boris Johnson semalam menyatakan bahawa Britain tidak akan mengundurkan diri dari pentas dunia setelah keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), sebaliknya akan dengan aktif menyertai usaha pemeliharaan order antarabangsa yang sedia ada.

Boris Johnson ketika menyampaikan ucapan mengenai dasar luar buat kali pertama sejak beliau menyandang jawatan sebagai menteri luar di wisma Chatham, London menyatakan bahawa Britain tetap merupakan watak utama dalam pentas dunia, dan akan menjalinkan hubungan baharu dengan EU berdasarkan persahabatan dan perdagangan bebas di samping melaksanakan dasar luar yang bersifat sejagat.

Menurut Johnson, Britain tidak akan mengganggu urusan pertahanan dan dasar luar Eropah pada masa negaranya sedang membuat persiapan untuk keluar dari EU, sebaliknya Britain akan melaksanakan kewajipannya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO). Beliau menyokong tuntutan Donald Trump yang akan menjadi Presiden AS mengenai belanjawan pertahanan NATO perlu dipikul bersama-sama oleh negara anggota NATO dan bukan 70% belanjawan itu dibayar oleh AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China