Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata demikian ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida yang sedang dalam rangka lawatan ke Rusia di Moscow pada 3 Disember lalu.
Lavrov dalam pertemuan itu berkata, negaranya bersedia menyelesaikan masalah dalam Perjanjian Damai Rusia-Jepun, namun penyelesaian tersebut memerlukan kesabaran dan usaha gigih kedua-dua negara dalam jangka masa yang panjang.
Berhubung dengan lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke Jepun yang bakal diadakan pada 15 hingga 16 Disember ini, Lavrov berkata, siri dokumen yang melibatkan bidang ekonomi, sosiobudaya dan sains dijadualkan ditandatangani dalam rangka lawatan Putin nanti.