Cari:
China Gesa AS Berpegang kepada Dasar Satu China
2016-12-04 16:04:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China mengemukakan bantahan keras terhadap Amerika Syarikat (AS) atas Bakal Presiden AS, Donald Trump menghubungi pemimpin Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan, Tsai Ing-wen melalui telefon pada 2 Disember lalu.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing pada 3 Disember lalu.

Geng berkata, Taiwan merupakan wilayah yang tidak dapat dipisahkan daripada China. Kerajaan Repbulik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili China di dunia dan hal ini merupakan hakikat yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Geng menegaskan, dasar satu China merupakan asas politik dalam hubungan China dan AS. China menggesa AS menunaikan janjinya yang berpegang kepada dasar satu China dan prinsip tiga pengumuman bersama China-AS, dan menangani isu Taiwan dengan berhati-hati untuk mengelakkan hubungan China-AS daripada terjejas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China