Cari:
Perhimpunan Besar-Besaran Gesa Presiden Korea Selatan Letak Jawatan
2016-12-04 14:49:16 CRI Cetak

Rakyat Korea Selatan mengadakan perhimpunan besar-besaran pusingan ke-6 di pusat bandar Seoul semalam untuk menggesa Presiden Park Geun-hye meletakkan jawatan.

Seruan yang menuntut Park Geun-hye meletakkan jawatan tidak pernah berhenti sejak skandal melibatkan kawan rapatnya, Choi Soon-sil dituduh campur tangan dalam urusan pentadbiran negara, dan perhimpunan juga diadakan pada setiap hujung minggu. Sebanyak 1,500 buah pertubuhan penduduk Seoul dan ramai penduduk lain menyertai demonstrasi semalam. Menurut jangkaan pihak polis, jumlah peserta mencatat 320 ribu orang.

Menurut maklumat berkenaan, kerajaan Korea Selatan telah mengerahkan kira-kira 20 ribu polis untuk meningkatkan kawalan ketat di jalan-jalan raya untuk demonstrasi.

Menurut media Korea Selatan, pemimpin daripada tiga parti pembangkang utama negara itu termasuk Parti Minjoo, Parti Rakyat dan Parti Keadilan menyertai demonstrasi semalam.

Selain Seoul, aktiviti bantahan pelbagai bentuk juga diadakan di Busan dan In Cheon pada hari yang sama dan jumlah peserta dijangka mencatat 620 ribu orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China