Cari:
China Aktif Sertai dan Sokong Perlindungan Warisan Budaya yang Hampir Pupus
2016-12-04 15:07:30 CRI Cetak

Perlindungan terhadap warisan budaya yang hampir pupus merupakan topik mendesak dalam usaha melindungi warisan budaya manusia. Kerajaan China bersedia menyertai dengan aktif dan menyokong tindakan perlindungan antarabangsa dalam bidang itu.

Wakil kerajaan China yang juga Ketua Biro Perlindungan Warisan Budaya Negara China, Liu Yuzhu menyatakan demikian dalam sidang antarabangsa mengenai perlindungan warisan budaya yang hampir pupus yang diadakan di Abu Dhabi, Emiria Arab Bersatu pada 2 dan 3 Desember lalu.

Sidang anjuran bersama oleh kerajaan Perancis dan Emiriah Arab Bersatu tersebut bertujuan untuk menyokong dan meningkatkan perlindungan antarabangsa terhadap warisan budaya yang hampir pupus menerusi penubuhan tabung antarabangsa dan jaringan perlindungan warisan budaya antarabangsa di bawah rangka Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Seramai 100 orang termasuk wakil kerajaan daripada 40 buah negara termasuk China, Perancis, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Itali, serta wakil pertubuhan antarabangsa dan institusi kebudayaan utama di dunia telah menyertai sidang itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China