Cari:
Merkel: Proses Globalisasi Takkan Berubah
2016-12-04 15:14:45 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel menyatakan bahawa proses globalisasi mendatangkan faedah yang amat besar kepada manusia dan perkembangan itu tidak akan berubah walaupun ada orang bimbang tentang hal itu.

Ketika menyampaikan ucapan melalui rakaman video yang disiarkan melalui laman sesawang rasmi jabatan Canselor semalam, Merkel berkata, ekonomi dunia dan saling berhubung antara pelbagai negara berikutan perkembangan globalisasi tidak akan kembali ke masa sebelum wujudnya globalisasi. Apa yang boleh buat sekarang hanyalah berusaha menyesuaikan laluan perkembangan proses globalisasi, menggubal peraturan berkenaan dan mengetengahkan kepentingan manusia dalam proses itu.

Menurut beliau, sasaran Jerman sebagai negara pengerusi Kumpulan 20(G20) adalah "membina semula dunia yang saling berhubung". Sistem kewangan antarabangsa dan kestabilan ekonomi sejagat merupakan topik utama yang perlu diperhatikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China