Cari:
Adakah Jepun dan Singapura Mampu Selamatkan TPPA?
2016-12-05 14:42:34 CRI Cetak
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengadakan rundingan dengan Presiden Singapura, Tan Keng Yam yang sedang dalam rangka lawatan di Jepun pada Khamis lalu. Kedua-dua pemimpin itu menyatakan bahawa Jepun dan Singapura akan terus berusaha untuk mendorong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Namun sebelum ini, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menyatakan bahawa negara itu akan keluar dari TPPA.

Kini Jepun dan Singapura sedang giat mendorong pelaksanaan TPPA dalam negeri masing-masing. Menurut laporan akhbar Nihon Keizai Shimbun, TPPA merupakan tunggak bagi strategi pertumbuhan ekonomi bagi Shinzo Abe. Asas "Abenomics" akan hancur sekiranya TPPA tidak dapat dilaksanakan.

Pakar hubungan antarabangsa dari Universiti Hal-Ehwal Luar China, Prof. Zhou Yongsheng menyatakan bahawa "Jepun berharap ekonominya dapat terikat rapat dengan AS melalui TPPA. Selain itu, Jepun ingin membentuk satu persekutuan ekonomi melalui TPPA supaya dapat menyusun peraturan ekonomi dan perdagangan global yang baharu. Melalui persekutuan ekonomi itu, Jepun dapat bersaing dengan China dalam aspek ekonomi, sehingga membina satu perikatan kemprehensif yang meliputi politik, ekonomi dan ketenteraan untuk mengekang China."

Mengapa Singapura giat mendorong TPPA? Sebab pertama ialah negara itu terlalu bergantung kepada perdagangan luar.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika diwawancara oleh akhbar Lianhezaobao mendedahkan bahawa tarif negara itu dapat dikurangkan kira-kira satu bilion dolar Singapura setahun sekiranya TPPA dilaksanakan. Selain itu, Singapura berasa bimbang AS akan berundur dari Asia Pasifik akibat kegagalan TPPA.

Adakah Jepun dan Singapura dapat menyelamatkan TPPA?

Menurut perjanjian yang dicapai oleh 12 buah negara yang terlibat dengan TPPA, sekiranya 12 buah negara itu tidak mampu menyelesaikan prosedur kelulusan TPPA dalam negeri masing-masing dalam tempoh dua tahun setelah menandatangani TPPA, perjanjian tersebut boleh dikuatkuasakan setelah diluluskan oleh sekurang-kurangnya enam negara, dengan prasyaratnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi enam buah negara tersebut perlu menempati 85% daripada KDNK 12 buah negara berkenaan. Kini, KDNK AS menduduki 60.4%. Ini bermakna TPPA tidak dapat dikuatkuasakan tanpa AS. Oleh itu, adakah Donald Trump akan mengubah keputusannya? Sebenarnya masin ada kemungkinan. Oleh itu, Jepun dan Singapura berusaha bersama-sama untuk merealisasikan kemungkinan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China