Cari:
Guangzhou Duduki Tempat Pertama HDI Bandar China
2016-12-05 16:05:59 CRI Cetak

Menurut laporan Pembangunan Mapan Bandar China 2016: Menilai Pelaburan Ekologi dan Pembangunan Manusia yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) baru-baru ini, bandar Guangzhou menduduki tempat pertama ranking bandar China dengan mata pencapaian 0.869 berdasarkan indeks pembangunan manusia (HDI), manakala bandar Beijing, Nanjing, Shenyang, dan Shenzhen masing-masing menduduki tempat kedua hingga tempat kelima.

HDI boleh digunakan untuk menilai tahap kebajikan manusia dalam proses pembangunan mapan.

Pengarah Pejabat UNDP di China, Agi Veres berkata, pelaburan secara berterusan dalam bidang perubatan dan kesihatan, pendidikan dan ekonomi menunjukkan bahawa bandar-bandar utama di China telah mencapai taraf perkembangan negara maju.

Bagaimanapun, beliau juga mengingati bahawa usaha-usaha seumpama itu yang dinilai sebagai pembangunan manusia yang bertaraf tinggi, sudahpun mengorbankan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China