Simposium Antarabangsa Ulang Tahun ke-30 Deklarasi Hak Pembangunan dirasmian di Beijing semalam.
Pakar-pakar hak asasi manusia dari China dan luar negara telah mengakui kemajuan China dalam usaha membasmi kemiskinan.
Pengerusi Kumpulan Kerja Hak Pembangunan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), Zamir Akram berkata, lebih 700 juta orang di China telah bebas daripada belengu kemiskinan dalam jangka masa yang singkat.
Kejayaan tersebut merupakan pencapai cemerlang bagi negara ini.
Ketua Institut Hak Asasi Manusia Belanda, Tom Zwart berpendapat, pencapai hebat China dalam usaha mengurangkan kemiskinan merupakan kemajuan hak asasi manusia yang paling cemerlang dalam sejarah manusia.
Perkembangan hak asasi manusia China bukan sahaja dapat dilihat dalam bidang ekonomi, malah yang lebih penting adalah merealisasikan pembangunan yang mengutamakan manusia.