Presiden Iran, Hassan Rouhani menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya menghalang lanjutan sekatan yang diluluskan Kongres AS, atau Tehran akan bertindak balas.
Rouhani ketika berucap di Parlimen semalam mengecam undang-undang yang diluluskan Kongres AS untuk melanjutkan Akta Sekatan Iran (ISA) selama 10 tahun kerana melanggar perjanjian nuklear Tehran dengan enam kuasa besar.
Menurut beliau, Presiden Obama wajib menggunakan kuasanya dengan menghalang kelulusan itu, terutamanya pelaksanaannya.
Jika pencabulan itu diteruskan, Tehran akan bertindak balas dengan tegas.