Cari:
Ulang Tahun ke-30 Deklarasi Hak Pembangunan
2016-12-05 13:32:24 CRI Cetak

4 Disember tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Deklarasi Hak Pembangunan. Sarjana dan pakar hak asasi manusia dari lebih 40 buah negara dari Asia, Eropah dan Afrika telah menyertai simposium di Beijing, mengadakan perbincangan tentang situasi semasa dan cabaran pembangunan dunia.

Presiden China, Xi Jinping telah mengirim kawat tahniah kepada simposium itu yang menegaskan bahawa pembangunan merupakan perkara yang abadi bagi umat manusia. Masyarakat antarabangsa diharap agar mengambil Agenda Pembangunan Mapan 2030 PBB sebagai titik permulaan baharu, meneroka satu jalan pembangunan yang adil, terbuka, komprehensif dan inovasi demi mewujudkan pembangunan bersama.

Selain itu, kerajaan China kali pertama mengeluarkan kertas putih hak pembangunan baru-baru ini. Kertas putih ini menjelaskan konsep dan amalan China mengenai hak pembangunan.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengerusi Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat PKC, Liu Qibao telah membaca kawat Presiden Xi dalam simposium tersebut.

"China ialah negara membangun yang terbesar di dunia dengan populasinya 1.3 bilion orang. Pembangunan ialah kunci bagi penyelesaian semua masalah di negara ini dan juga tugas utama bagi Parti Komunis China dalam pemerintahan. Hak hidup dan hak pembangunan antara hak asasi manusia yang paling utama di China."

Liu Qibao turut menjelaskan kejayaan dan pengalaman China dalam pembangunan. Menurut beliau, PBB harus memainkan peranan yang lebih besar, di samping pemilihan jalan pembangunan pelbagai negara harus dihormati, supaya tadbir urus global semakin disempurnakan dan memberikan manfaat kepada umat manusia.

Beliau juga menyatakan bahawa China akan menyediakan lebih banyak peluang kepada pembangunan dunia.

"China kini aktif menggalakan strategik Jalur dan Laluan (B&R). Jumlah import dan eksport China dijangka akan mencatat USD8 trilion dalam lima tahun akan datang. Dalam tempoh itu, penggunaan pelaburan asing akan mencatat USD600 bilion, jumlah pelaburan ke luar negara akan mencatat USD750 bilion, manakala jumlan pelancong ke luar negara akan mencatat 700 juta orang. Kesemua ini tentu akan memberikan lebih banyak peluang pembangunan kepada dunia. China bersedia berusaha bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa, merapatkan kerjasama demi menggalakan pembangunan bersama dan berkongsi hak pembangunan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China