Cari:
Donald Trump Hubungi Tsai Ing-wen Menarik Perhatian Ramai
2016-12-06 13:55:14 CRI Cetak

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menghubungi pemimpin Taiwan, Tsai Ing-wen melalui telefon pada 2 Disember lalu.

Akhbar Renminribao dalam ulasan menyebut bahawa perbuatan ini bercanggahan dengan dasar "Satu China" yang diamalkan AS. Peristiwa itu satu contoh yang buruk kerana ini kali pertama presiden atau bakal presiden AS menghubungi pemimpin Taiwan secara langsung, sejak China dan AS menjalin hubungan diplomatik. Mereka telah melampau batas hubungan China-AS.

Perbuatan mereka itu juga pada masa yang sensitif. Parti Demokratik Progresif (DPP) yang mengamalkan "kemerdekaan Taiwan" memerintah semula di Taiwan pada tahun ini. Pihak berkuasa pimpinan DPP menolak "Konsensus 1992" dan ini menjejaskan trend dan hasil baik perkembangan hubungan antara Taiwan dengan Tanah Besar yang baik dalam lapan tahun lalu. Selain itu, sama ada hubungan China-AS dapat mengalami peralihan secara stabil, masih meninggalkan satu tanda tanya. Apakah masa depan hubungan China-AS, bukan sahaja menjadi perhatian China, malah menjadi tumpuan dunia.

Isu Taiwan ialah kepentingan utama China kerana ia berkaitan dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah. Isu ini juga masalah yang paling penting dan paling sensitif antara hubungan China dengan AS. Sejarah membuktikan bahawa sekiranya isu Taiwan dapat ditangani dengan baik, hubungan China-AS dapat berkembang baik. Kalau sebaliknya, hubungan China-AS akan mengalami kebuntuan.

Ada pakar isu China di AS menganggap bahawa Trump masih belum menjawat Presiden, beliau masih seorang bukan pegawai awam. Oleh itu perbualannya dengan pemimpin Taiwan tidak harus dibesar-besarkan.

Media China berpendapat bahawa peristiwa itu tidak akan mengubah hala tuju dan struktur utama hubungan China-AS, namun "ganguan" yang makin banyak pasti akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Trump dinasihati supaya berjaga-jaga menangani isu mengenai China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China