Cari:
PBB Rayu USD22.2bilion Bantuan Kemanusiaan Dunia
2016-12-06 15:08:51 CRI Cetak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam merayu suntikan bantuan yang mencatat rekod berjumlah USD22.2 bilion (RM98.7 bilion) untuk disalurkan sepanjang 2017 berikutan lonjakan angka mangsa yang dilanda konflik dan bencana di seluruh dunia.

Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Stephen O'Brien dalam laporan semalam berkata, kerja-kerja kemanusiaan tetap lebih diperlukan dan memerlukan keberanian berbanding sebelum ini.

Rayuan global oleh agensi-agensi PBB dan pertubuhan kemanusiaan lain itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu sejumlah 92.8 juta mangsa yang paling terdedah daripada hampir 129 juta orang yang dijangka memerlukan bantuan di 33 negara di seluruh dunia tahun depan.

Angka itu cukup mengejutkan, terutama selepas mengambil kira tiga negara yang sedang dilanda peperangan antaranya Syria, Yaman dan Afghanistan saja sudah mencakupi kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan mangsa yang memerlukan bantuan.

Jumlah itu mengatasi USD20.1 bilion (RM88.9 bilion) pada Disember 2016, tahun di mana petugas kemanusiaan menyelamatkan, melindungi dan menyokong lebih ramai orang berbanding tahun-tahun sebelumnya sejak penubuhan PBB.

(sumber Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China