Cari:
Skim Pengumpulan Dana Kemanusiaan 2017 PBB Diumumkan
2016-12-07 14:44:08 CRI Cetak

Skim Pengumpulan Dana Kemanusiaan Global 2017 telah diumumkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)di Geneva pada Isnin lalu. Menurut skim tersebut, dunia sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang paling teruk sejak Perang Dunia Kedua. Sebanyak 128 juta orang terjejas ekoran konflik atau bencana alam. Dana bantuan kemanusia yang diperlukan pada 2017 berjumlah USD22.2 bilion, mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah, dan turut mencerminkan situasi kemanusiaan global kian teruk.

Naib Setiausaha Agung PBB yang bertanggungjawab atas hal ehwal kemanusiaan, Stephen O'Brien dalam sidang akhbar di Geneva telah mengumumkan skim tersebut. Beliau berkata:

"Skim pengumpulan dana untuk 2017 terdiri daripada skim strategik dan skim koordinasi yang meliputi 33 buah negara di dunia. 80% daripadanya diakibatkan oleh konflik."

Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, konflik kekerasan yang berterusan merupakan punca utama krisis kemanusiaan dan ia menduduki 1/3 daripada dana bantuan tersebut.

Satu lagi punca yang menyebabkan krisis kemanusiaan ialah bencana alam. Menurut statistik berkenaan, 22 buah negara memerlukan bantuan disebabkan dilanda bencana alam pada 2016. Separuh daripadanya masih memerlukan bantuan itu pada tahun yang akan datang. Makanan, air minum, sistem kesihatan dan perubatan, yang paling memerlukan bantuan.

PBB menegaskan bahawa agensi-agensi kemanusiaan perlu terus berusaha untuk menyediakan bantuan yang lebih baik, cepat dan berkesan untuk menghadapi krisis yang berterusan pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China