Syarikat Penerbangan Selatan China (CSAIR) semalam mengumumkan, pihaknya merancang akan menambah 7,300 penerbangan dalam tempoh perkhidmatan penangkutan awam sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina. Kini, tiket penerbangan berkenaan mulai dijual.
Dalam tempoh perkhidmatan pengangkutan awam sewaktu perayaan Tahun Baharu Cina, pasaran utama penerbangan awam China termasuk pasaran domestik seperti ulang-alik antara bandar Guangzhou dan Shenzhen dengan kawasan barat daya, serta pasaran serantau termasuk ulang-alik antara kawasan selatan China dengan Asia Tenggara dan Taiwan China, kawasan timur laut China dengan Jepun dan Korea Selatan.