Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye sedia meletakkan jawatannya pada bulan April tahun 2017.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Park Geun-Hye pada 6 Disember lalu.
Manakala, parti pembangkang merancang menggalakkan parlimen membuat pengundian berhubung kes pendakwaan presiden pada 9 Disember ini.
Menurut Agensi Berita Yonhap Korea Selatan, Park Geun-Hye menyatakan bahawa sekiranya usul kes pendakwaan diluluskan oleh parlimen, beliau akan bersikap tenang dan sabar untuk menunggu dan menyaksikan proses pembicaraan berkenaan.
Pada hari yang sama, sebagai unsur penentu untuk memastikan sama ada kes pendakwaan predisen dapat diluluskan oleh parilimen atau tidak, sebahagian anggota Parti Saenuri yang diketuai Park Geun-hye, mengambil sikap untuk menyokong kes tersebut.