Cari:
Hubungan China-ASEAN 2016
2016-12-06 15:00:30 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri majlis perasmian Simposium Situasi Antarabangsa dan Dasar Luar China 2016 di Beijing baru-baru ini, serta menyampaikan ucapan.

Ketika menyebut usaha China dalam memelihara keamanan serantau, Wang menyatakan bahawa hasil yang paling besar pada tahun ini ialah hubungan China-Filipina mula pulih. Hubungan kedua-dua negara ini menjadi tegang berikutan bekas pemerintah Filipina mengamalkan dasar berkonfrontasi dengan China. Ini bukan sahaja tidak selaras dengan kepentingan rakyat Filipina, bahkan juga menjejaskan usaha pelbagai negara di rantau ini untuk memelihara keamanan serantau.

Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte memilih China sebagai destinasi lawatan pertamanya di luar ASEAN selepas menjawat jawatan presiden. Ini jelas mencerminkan sikap bersahabat beliau terhadap China. Di samping itu, Presiden China, Xi Jinping juga memberikan sambutan hangat kepada Duterte. Pemimpin kedua-dua negara telah mencapai konsensus penting untuk membaiki dan mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

Pemulihan hubungan China-Filipina menandakan bahawa penyelesaian isu Laut China Selatan kembali ke meja rundingan dan turut menghapuskan halangan bagi China merapatkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN.

Pada tahun ini, pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) mencapai kemajuan besar. Menurut Menteri Luar Wang Yi, lebih 100 buah negara dan pertubuhan telah menyatakan sokongan dan komited menyertai pembinaan B&R. China telah memeterai perjanjian kerjasama B&R dengan lebih 40 buah negara dan kawasan. China menggalakkan kerjasama kesalinghubungan dan kapasiti pengeluaran dengan negara-negara terlibat B&R. Landasan kereta api laju Jakarta-Bandung sudah mula dibina, manakala pembinaan landasan kereta api China-Laos dan China-Thailand bakal dimulakan.

Menurut Wang, tahun 2017 penting dalam pembangunan China. Kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) akan diadakan, Rancangan Lima Tahun ke-13 akan memasuki fasa pelaksanaan menyeluruh. China akan terus mempergiat kerjasama persahabatan dengan negara ASEAN, mengintensifkan kerjasama dengan negara-negara aliran Sungai Mekong-Lancang, dan terus menyelesaikan isu Laut China Selatan melalui rundingan damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China