Cari:
Langkah Penting dalam Galakkan Hubungan China-Filipina yang Mapan
2016-12-07 13:22:57 CRI Cetak

Senat Filipina meluluskan Perjanjian Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) pada Isnin lalu. Tindakan ini dianggap pilihan bijak dan pragmatik dan turut memberikan asas penting bagi menggalakkan hubungan China-Filipina secara mapan.

Lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China pada bulan Oktober lalu, tanda pulihnya hubungan China-Filipina. Dalam pada itu, hubungan dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai sektor pun memasuki fasa pembangunan baharu.

Menurut kenyataan bersama China-Filipina yang dikeluarkan sempena lawatan Duterte tersebut, kedua-dua negara ini komited mempergiat kerjasama dalam rangka AIIB dan bank-bank serantau dan antarabangsa yang lain. Dalam Sidang Kemuncak APEC, pemimpin kedua-dua negara ini mengadakan rundingan lagi. Presiden Duterte merakamkan terima kasih atas bantuan China bagi pembangunan negaranya, dan komited akan mengintensifkan kerjasama dengan China dalam sektor pembinaan kemudahan infrastruktur.

Dalam tempoh sebulan kemudian, China telah menghantar beberapa rombongan ke Filipina untuk melaksanakan perjanjian yang tercapai. Keanggotaan Filipina ke AIIB secara rasmi mendinamikkan hubungan China-Filipina, membantu meningkatkan tahap kemudahan infrastruktur di Filipina dan menggalakan pembangunan sosioekonomi di negara itu.

Pelaburan dalam infrastruktur ialah asas penting bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi untuk jangka masa yang panjang. Ini pengalaman China dalam proses pembaharuan dan pintu terbuka dalam 30 tahun lalu. Penubuhan AIIB memperlihatkan aspirasi dan kemampuan China untuk memberikan produk awam kepada masyarakat antarabangsa, selain menggalakan pembaharuan sistem tadbir urus ekonomi global.

China dan Filipina ialah negara jiran. Hubungan mapan antara kedua-dua negara ini sejajar dengan kepentingan dan keinginan orang ramai. Orang awam menantikan dasar China untuk bersahabat dengan negara-negara jiran dan serantau, serta kerjasama China-Filipina dalam pelbagai sektor dapat memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China