Prestasi Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tidak konsisten sejak memenangi pingat perak Sukan Olimpik di Rio de Janeiro Ogos lalu walaupun mereka ketika ini berada di tempat teratas ranking dunia. Prestasi pasangan itu dilihat tidak stabil, terutama dalam dua kejohanan terakhir yang disertai termasuk tersingkir seawal pusingan pertama pada Siri Super Premier Terbuka China sebelum terkandas di suku akhir Siri Super Terbuka Hong Kong.