Cari:
Gempa Bumi Dahsyat Melanda Indonesia
2016-12-08 11:16:18 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 97 orang dilaporkan maut dan lebih 600 orang lagi cedera dalam gempa bumi yang berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, utara Sumatera Indonesia awal pagi semalam.

Menurut analisis sarjana geografi, kematian dan kecederaan yang teruk itu disebabkan pusat gegaran amat dekat dengan permukaan bumi dan di kawasan yang kepadatan penduduk tinggi. Selain itu, kesedaran pihak berkuasa tempatan dan orang awam yang kurang dalam pencegahan gempa, juga antara faktor yang tidak boleh diabaikan.

Menurut portal Biro Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa bumi kali ini di 18 kilometer dari timur laut Pidie Jaya, kira-kira 90 kilometer dari Bandar Aceh, ibu kota wilayah Aceh pada kedalaman 10 kilometer.

Kawasan bencana yang paling teruk rosak dalam gempa bumi kali ini, iaitu Kaunti Pidie Jaya, berhampiran dengan pusat gempa bumi dan jumlah populasinya besar. Menurut data berkenaan, luasnya kaunti tersebut mencatat 1,072 kilometer persegi, jumlah penduduk kira-kira 140 ribu orang. Kepadatan penduduk kira-kira 130 orang setiap kilometer persegi yang lebih tinggi daripada kepadatan purata Indonesia.

Ketika gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.03 pagi, kebanyakan penduduk masih tidur dan tidak sempat lari.

Sementara itu, penduduk dan pihak berkuasa tempatan kurang kesedaran untuk menghadapi bencana gempa, manakala sistem pencegahan gempa bumi kurang sempurna, penahanan bangunan juga rendah. Unsur-unsur ini telah menyebabkan kematian dan kerugian yang teruk dalam bencana kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China