Cari:
Angka Korban Gempa Aceh Naik kepada 102
2016-12-09 15:00:26 CRI Cetak

Menurut maklumat yang diumumlan oleh pihak berkuasa Indonesia semalam, angka korban dalam gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter di Aceh, telah meningkat kepada 102 orang. Oleh sebab kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan, angka korban dijangka mungkin naik lagi. Selain itu, bencana gempa ini mengakibatkan kerugian harta yang besar. Lebih 200 buah rumah, kedai, sekolah dan masjid musnah.

Beberapa ribu anggota polis dan ahli penyelamat dihantar ke kawasan bencana untuk menjalankan misi menyelamat. Empat buah kapal tentera laut Indonesia telah ditugaskan untuk menghantar makanan, air minum dan pakaian serta memberi bantuan perubatan kepada mangsa di kawasan bencana.

Jurucakap Badan Penyelamatan dan Pencarian Negara Indonesia, Al-Husain semalam menyatakan bahawa masih ada banyak mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Setelah Aceh dilanda gempa bumi yang dahsyat, negara-negara jiran segera menghulurkan bantuan. Presiden Singapura, Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah mengirim kawat kepada Presiden Joko Widodo untuk menyampaikan rasa dukacita. Sementara itu, Kementerian Pertahanan Singapura menyatakan bahawa pasukan penyelamt negara itu bersiap sedia untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat di negara itu jika diperlukan. Namun pihak Indonesia menyatakan negaranya mampu menjalankan tugas mencari dan menyelamat dan tidak memerlukan bantuan negara lain.

Presiden Joko Widodo telah meninjau ke kawasan bencana petang semalam. Beliau mengarahkan tentera dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan supaya mengemukakan lebih banyak pelan penyelamatan.

Presiden China, Xi Jinping telah mengirim kawat kepada kepada Joko Widodo petang semalam. Beliau berkata, "China bersedia memberi sebarang bantuan yang diperlukan. Saya yakin rakyat Indonesia pasti akan mengatasi bencana ini dan membina semula kampung halaman."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China