Cari:
China Sanggup Bersama Bakal Duta Besar AS Terus Kembangkan Hubungan
2016-12-09 15:48:26 CRI Cetak

Kerajaan China bersedia berusaha bersama dengan Duta Besar AS ke China baharu untuk mendorong hubungan bilateral terus berkembang dengan sihat dan stabil.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam.

Lu berkata, Gabenor negeri Iowa, Terry Branstad merupakan kawan lama rakyat China. Dalam tempoh perkhidmatan sebagai gabenor, Branstad menyumbang besar untuk mendorong pertukaran dan kerjasama China-AS dan beliau diharapkan memberi sumbangan lebih besar untuk perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Tambah Lu, jawatan Duta Besar AS ke China disifatkan jambatan penting antara kerjaaan AS dengan China. Sesiapa pun memikul jawatan itu, kerajaan China sanggup bersama dengan beliau untuk mendorong perkembangan hubungan China-AS dengan sihat dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China