Cari:
China Janji Sokong Syria
2016-12-09 16:41:22 CRI Cetak

Syria amat menghargai sokongan padu China kepada draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai situasi di Aleppo.

Pujian itu dinyatakan Naib Perdana Menteri Syria, Walid Muallem, yang juga Menteri Luar negara itu sepanjang pertemuan dengan Duta Khas China bagi Isu Syria, Xie Xiaoyan di Damsyik semalam.

Isnin lalu, China menggunakan haknya untuk memveto draf resolusi UNSC berkaitan situasi di Aleppo. Berkat undi menolak tiga buah negara, iaitu China, Rusia dan Venezuela, draf resolusi itu akhirnya gagal diluluskan.

Pada pandangan China, resolusi berkenaan belum dibahaskan secara mendalam kerana masih wujud percanggahan pendapat. Namun, segelintir kuasa tetap berdegil sehingga memaksa PBB meluluskannya. Ini tidak berguna sama sekali bagi membantu menamatkan perang saudara selama lima tahun di Syria.

Ketika berada di Damsyik, Xie berkata, lawatan beliau adalah untuk mendengar suara negara itu, baik kerajaan mahupun kumpulan pembangkang, sebelum mengemukakan cadangan Beijing dalam menggerakkan proses damai di negara terbabit.

Beliau juga berjanji, usaha gigih China untuk memujuk semua pihak supaya kembali duduk ke meja rundingan akan diteruskan, biarpun rundingan berkenaan mengalami kebuntuan pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China