Cari:
Siasat Punca Nahas PIA
2016-12-09 16:45:13 CRI Cetak

China melahirkan rasa simpati yang mendalam dan mendoakan untuk Pakistan dan rakyat negara itu berikutan kejadian pesawat Pakistan terhempas Rabu lalu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam mengucapkan takziah kepada mangsa terlibat dan keluarga mereka.

Menurutnya, terdapat seorang warga China terkorban dalam nahas membabitkan penerbangan PK-661 Pakistan International Airlines (PIA) dengan membawa 48 orang terhempas di lereng gunung di utara negara itu pada petang Rabu lepas.

Dalam perkembangan terkini, semua jenazah berkenaan sudah tiba di Islamabad untuk dikenal pasti identiti.

Pihak berkuasa Pakistan masih menyiasat punca sebenar nahas itu dan laporan awal menunjukkan bahawa masalah enjin dikaitkan sebagai punca nahas.

Pengerusi PIA, Muhammad Azam Saigol mendakwa, pemeriksaan sentiasa dilakukan ke atas pesawat jenis ATR-42 dan menerima pengesahan "pemeriksaan A" pada Oktober lalu. Pesawat terbabit dalam keadaan sempurna sebelum berlepas.

Muhammad Azam menolak faktor teknikal atau kesilapan manusia sebagai punca kejadian.

Pesawat itu dilaporkan mengalami kegagalan fungsi pada salah satu daripada dua enjin bebaling turbo sebelum terhempas, namun perlu disahkan melalui siasatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China