Cari:
Shinzo Abe akan Melawat Pearl Harbor
2016-12-08 12:55:18 CRI Cetak

7 Disember merupakan hari ulang tahun ke-75 Serangan Pearl Harbor. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengadakan lawatan ke Pearl Harbor pada 26 dan 27 Disember ini. Dalam rangka lawatan kali ini, beliau akan mengadakan rundingan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan menziarahi Dewan Peringatan Serangan Pearl Harbor. Dalam pada itu, kerajaan Jepun menyatakan bahawa lawatan Abe kali ini adalah untuk mewujudkan persefahaman, bukan meminta maaf.

Shinzo Abe mengumumkan lawatan tersebut ketika ditemui Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter di Tokyo pada 6 Disember lalu.

Pada pagi 7 Disember 1941, tentera Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbor, dan menumpaskan beberapa kapal perang dan lebih seratus pesawat tentera AS. Lebih 2,400 orang tentera AS terkorban dalam serangan itu. Pada keesokan harinya, AS mengumumkan perang terhadap Jepun dan ini menandakan Perang Pasifik Perang Dunia II dimulakan.

Lawatan Abe kali ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Jepun ke Pearl Harbor selepas Perang Dunia II berakhir. Namun kerajaan Jepun kerap kali menegaskan bahawa lawatan ini hanya untuk memperingati mangsa dalam peperangan, Abe tidak akan minta maaf kepada AS kerana Jepun melakukan serangan terhadap Pearl Harbor.

Menurut penganalisis, kerajaan Jepun menegaskan tidak akan meminta maaf dalam lawatan Abe ini bertujuan untuk mengurangkan imejn penceroboh dalam Perang Dunia II. Di samping itu, Shinzo Abe mahu memperkukuh hubungan sekutu dengan AS dan menunjukkan sikap untuk terus mengikut AS kepada Presiden baharu, Donald Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China