Cari:
Mengapa Terry Branstad Dilantik Duta Besar AS ke China?
2016-12-09 13:03:43 CRI Cetak

Gabenor Iowa Amerika Syarikat (AS), Terry Branstad dilantik sebagai Duta Besar AS ke China pada 7 Disember lalu. Mengapa bakal Presiden AS, Donald Trump memilih Branstad sebagai Duta Besar ke China? Menurut pengalalisis bahawa ada tiga sebab utama.

Pertama, Branstad berpengalaman banyak dalam menjalankan hubungan dan interaksi dengan China dan terlibat aktif dalam menggalakkan kerjasama persahabatan kedua-dua negara ini.

Terry Branstad kini berusia 70 tahun. Pada 1983, beliau dipilih menjadi Gabenor Iowa dan menjalinkan hubungan persahabatan antara Iowa dengan provinsi Hebei China pada tahun itu. Dari tahun 1983 hingga 1999, dan tahun 2011 hingga 2016, beliau sebanyak enam kali dipilih menjadi Gabenor Iowa dan banyak kali mengadakan lawatan ke China. Beliau dikenali sebagai salah seorang tokoh yang bersahabat dengan China dalam kalangan politik negara itu.

Kedua, Donald Trump berpendapat bahawa Terry Branstad amat mengetahui perdagangan. Ketika bertanding dalam pilihan raya presiden, Trump pernah menyatakan bahawa tiada orang lain lebih yang lebih mengetahui perdagangan daripada Terry Branstad. "Beliau ialah calon utama saya bagi urusan China", kata Trump.

Menurut penganalisis, Iowa antara negeri pertanian penting di kawasan tengah AS. Walaupun Branstad menyokong perdagangan bebas, namun beliau lebih menyokong tindakan meningkatkan eksport. Ini sejajar dengan pendirian Trump.

Dan ketiga, Terry Branstad antara Gabenor dari Parti Republikan yang paling awal menyatakan sokongan kepada Trump dalam pilihan raya presiden. Sehubungan dengan itu, beliau memperoleh kepercayaan Trump. Dalam pada itu, tokoh-tokoh perniagaan masing-masing menyatakan alu-aluan terhadap keputusan Trump untuk melantik Branstad sebagai Duta Besar AS ke China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China