Cari:
Parlimen Lulus Pemecatan Geun-hye
2016-12-10 14:31:18 CRI Cetak

Parlimen Korea Selatan semalam meluluskan usul pemecatan Presiden Park Geun-hye dengan 234 menyokong dan 56 lagi menentang.

Keputusan itu menyaksikan kuasa Geun-hye selaku presiden mula digantung pada pukul 7.03 malam tadi.

Walau bagaimanapun, nasib Geun-hye kini terletak di tangan Mahkamah Perlembagaan yang akan mengkaji usul pemecatan itu sebelum membuat keputusan muktamad sama ada untuk meneruskan usul berkenaan dan menyingkirkan Geun-hye daripada jawatannya, satu proses yang dijangka mengambil masa sehingga 180 hari.

Sepanjang tempoh tersebut, tugas Geun-hye akan dipangku oleh Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn.

PM Hwang dalam mesyuarat tergempar Kabinet malam tadi memaklumkan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kerajaan yang stabil terus berfungsi. Selain itu, pihak berkuasa kewangan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan turun naik dalam pasaran kewangan.

Kedudukan Geun-hye digugat skandal membabitkan seorang kawan karib yang didakwa mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan presiden untuk mencampuri urusan negara.

Biarpun menerima tekanan yang hebat supaya meletakkan jawatan, beliau tetap mahu menunggu keputusan muktamad Mahkamah Perlembagaan berhubung usul pemecatannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China