Cari:
Hidupkan Semula Rundingan Damai Syria
2016-12-10 14:32:56 CRI Cetak

Kerajaan Syria mendukung gesaan wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Syria, Staffan de Mistura supaya menghidupkan semula rundingan damai di negara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Syria semalam, negara itu sedia melibatkan diri dalam rundingan damai yang disambungkan semula tanpa prasyarat, tiada sebarang campur tangan luar dan didominasi dirinya sendiri.

Sebelum ini, de Mistura selepas menghadiri mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Syria pada 8 November lalu, berkata, Syria menghentikan seketika operasi serangan di Aleppo memberi isyarat tiba masanya untuk menghidupkan semula rundingan damai di negara itu. Namun, beliau tidak menyebut tentang jadual pemulihan rundingan berkenaan.

Dalam pada itu, Wakil Tetap Rusia ke PBB, Vitaly Churkin juga meluahkan harapan agar rundingan damai Syria dapat dipulihkan sebelum Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menamatkan khidmat dua penggal pada 31 Disember depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China