Cari:
Rakyat Korea Selatan Meraikan Usul Pemecatan Geun-hye
2016-12-11 14:36:48 CRI Cetak

Penunjuk perasaan dari lebih 1,500 buah pertubuhan kalangan rakyat di Korea Selatan berhimpun di Seoul semalam untuk meraikan kejayaan usul memecat Presiden Park Geun-hye.

Penunjuk perasaan memenuhi jalan raya sejak tujuh minggu lalu, selepas majoriti penggubal undang-undang meluluskan usul untuk mendakwa Geun-hye yang dikaitkan dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa.

Walaupun mereka gembira dengan pemecatan itu namun terdapat juga segelintir pihak yang masih lagi gusar dengan ketidaktentuan politik negara akan melarat.

Aktivis mahu meneruskan desakan kerana usul pemecatan itu memerlukan kelulusan Mahkamah Perlembagaan yang mengambil masa berbulan-bulan.

Mereka memberi kata dua, iaitu sama ada Presiden meletak jawatan berkuat kuasa serta merta atau berdepan dengan pendakwaan jenayah.

(Sumber Utusan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China