Cari:
China Intensifkan Kerjasama Antirasuah
2016-12-13 12:53:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak

9 Disember merupakan Hari Antirasuah Antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Setiap tahun pada hari itu, PBB akan menyeru semua negara supaya mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam akan bahaya rasuah serta keperluan usaha sama antarabangsa bagi menangani permasalahan tersebut.

Pada tahun 2016, selain memperhebat usaha untuk membanteras rasuah dan memburu suspek yang melarikan diri ke seberang laut, China juga terus meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam perjuangan tersebut.

Ketua Pengarah Biro Kerjasama Antarabangsa, Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin Parti Komunis China, Liu Jianchao baru-baru ini berkata,

"Sehingga bulan November lepas, seramai 908 suspek kes rasuah, antaranya 122 orang kakitangan agensi kerajaan yang melarikan diri ke lebih 70 buah negara dan wilayah telah ditangkap dan dihantar balik dalam operasi antirasuah besar-besaran yang dilancarkan oleh kerajaan, dengan suapan bernilai RMB2.3 bilion berjaya dirampas. Sejak kerajaan mengintensifkan operasi memburu suspek rasuah yang melarikan diri ke seberang laut pada tahun 2014, seramai 2,442 orang suspek berjaya dibawa balik dengan jumlah sitaan wang rasuah sebanyak RMB8.54 bilion."

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China lebih proaktif mengambil bahagian dalam tadbir urus antirasuah global dan turut mengemukakan beberapa saranan konstruktif dalam hal ini.

Liu Jianchao berkata, "Banyak saranan yang dikemukakan China berhubung kerjasama dalam menumpaskan rasuah telah termaktud dalam dokumen dua hala dan pelbagai hala, yang membantu peraturan berkenaan dimuktamadkan. Sumbangan China dalam menerajui kerjasama tersebut dihargai di peringkat global dan menjadi teladan yang boleh dicontohi negara-negara lain."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China