Cari:
Antonio Guterres Angkat Sumpah Setiausaha Agung PBB ke-9
2016-12-13 13:13:46 CRI Cetak

Antonio Guterres mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-9 dalam sidang pleno Perhimpunan Agung PBB ke-71 semalam.

Tempoh perkhidmatannya sebagai Setiausaha Agung PBB selama lima tahun, bermula dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2021.

Ketika menyampaikan ucapan, beliau menegaskan bahawa PBB merupakan asas penting bagi multilateralisme dan perlu mempergiat usaha untuk mencegah krisis.

Beliau menyatakan akan memberikan tumpuan dalam usaha mewujudkan kedamaian melalui pengantaraan dan pencegahan, menggalakkan pembangunan mapan, serta pembaharuan dalaman PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China