Cari:
Putin Mahu Stabilkan Permintaan Pasaran Senjata Buatan Rusia
2016-12-13 14:39:40 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin menggesa pelbagai badan kerajaan agar mengambil tindakan sewajarnya bagi menstabilkan permintaan di pasaran senjata buatan Rusia.

Menurut portal Istana Kremlin, Putin ketika menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerjasama teknologi ketenteraan luar Rusia menyatakan bahawa momentum eksport senjata negara itu adalah baik pada tahun ini. Jumlah tempahan senjata melebihi USD50 bilion, menduduki tangga kedua di dunia pada tahun ini.

Putin berkata, pihaknya komited untuk mengeluarkan senjata dan peralatan canggih kepada pembeli berikutan situasi dunia pada ketika ini sedang bergelut dengan kekerasan dan ancaman keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China