Cari:
Kenyataan Trump Cetus Kegemparan
2016-12-14 16:03:13 CRI Cetak

Simposium bertemakan "Misi Rusia dalam Sistem Baharu Pertumbuhan Asia dan Benua Eurasia" yang dianjurkan bersama oleh kumpulan pemikir terkenal Rusia, Kelab Antarabangsa Valdai dan Pusat Pengajian Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universti Kebangsaan Singapura (NUS) diadakan di Singapura semalam.

Sarjana dari Rusia, China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) berhimpun dalam simposium tersebut untuk membincangkan isu-isu berhubung pembangunan serantau, hubungan antara kuasa besar dan bakal Presiden AS, Donald Trump.

Sebelum simposium itu bermula, Trump mengeluarkan kenyataan bahawa negaranya tidak semestinya perlu kekal dengan kedudukannya mengiktiraf Taiwan sebagai sebahagian daripada China, yang membangkitkan kemarahan Beijing sekali gus menimbulkan kegemparan seluruh dunia.

Profesor Lukin Alexandar dari Universiti Ekonomi Peringkat Tinggi Kebangsaan Rusia menyindir Trump seperti seorang peniaga yang sedang melakukan tawar-menawar.

Pengarah Institut Asia dan Globalisasi, Pusat Pengajian Dasar Awam Lee Kuan Yew NUS, profesor Huang Jing pula berkata, jika Trump mengharapkan kemerdekaan Taiwan, hal ini akan menimbulkan malapetaka besar. Namun Trump dipercayai tidak akan berbuat sedemikian kerana beliau kurang keupayaan untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa.

Huang berpendapat bahawa sikap dan komen Trump memperlihatkan AS semakin hilang pengaruhnya berikutan kebangkitan kuasa-kuasa baharu, yang juga menyebabkan banyak idea keras Trump mustahil menjadi kenyataan.

Terdapat juga sarjana yang menganggap kenyataan Trump itu justeru mencerminkan AS semakin kurang yakin pada diri sendiri. Hal ini terbukti apabila muncul tuduhan bahawa Rusia campur tangan dalam pilihan raya AS 2016 untuk membantu Trump merebut jawatan ke Rumah Putih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China