Cari:
Rex Tillerson Dilantik Setiausaha Negara AS
2016-12-14 14:44:35 CRI Cetak

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan bahawa Rex Tillerson, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Exxon Mobil, akan dilantik sebagai Setiausaha Negara AS yang baharu.

Menurut Trump, Tillerson mempunyai banyak pengalaman dalam perniagaan. Hal tersebut amat penting ketika menangani hal ehwal Jabatan Negara AS.

Beliau memuji Rex Tillerson sebagai pemimpin yang mempunyai pengetahuan yang meluas dalam geopolitik, di samping salah seorang tokoh perniagaan yang paling berjaya di dunia.

Rex Tillerson, yang berusia 64 tahun, berasal dari negeri Texas dan telah berkhidmat di Syarikat Exxon Mobil selama 41 tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China