Cari:
China Peringati Ulang Tahun Ke-79 Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing 
2016-12-14 14:32:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

13 Disember lalu merupakan hari bagi memperingati ulang tahun ke-79 Peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Nanjing, dan juga Hari Peringatan Kebangsaan ketiga. Pelbagai aktiviti telah diadakan di serata China untuk memperingati 300 ribu saudara setanah air yang menjadi mangsa kekejaman tentera penceroboh Jepun semasa Perang Dunia II (WWII).

Upacara peringatan yang diadakan di bandar Nanjing dihadiri wakil-wakil pelbagai lapisan masyarakat setempat. Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Zhao Leji yang turut hadir berkata bahawa China akan teguh dalam mempertahankan keadilan antarabangsa, memelihara hasil kemenangan WWII dan mengekalkan laluan pembangunan secara damai.

Kata beliau:

"Tujuan mengadakan upacara peringatan ini bukanlah mahu melanjutkan dendaman, sebaliknya untuk menyemarakkan semangat mencintai keamanan supaya manusia dapat menjauhkan diri daripada peperangan. China dengan tegas menjunjung konsep pembangunan secara damai yang berorientasikan kerjasama dan permuafakatan bestari, di samping komited terhadap penubuhan Komuniti Berkongsi Sesama Manusia."

79 orang wakil daripada golongan pemuda di bandar Nanjing bersama-sama melafazkan Perisytiharan Perdamaian dalam upacara tersebut.

Sheng Jianzhong, seorang brigadier tentera darat China berkata,

"Sejarah menjadi cermin masa depan. Melalui aktiviti ini, kami mahu mengingatkan seluruh masyarakat agar mengambil iktibar daripada sejarah berkenaan bagi mengelakkan kesengsaraan daripada berulang. Sebagai anggota tentera, kami mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan tanah air."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China