Cari:
ADB: Entiti Ekonomi Membangun di Asia Berkembang Pesat
2016-12-14 10:57:22 CRI Cetak

Bank Pembangunan Asia (ADB) mengeluarkan laporan terkini berkaitan prospek pembangunan Asia 2016 semalam yang menyatakan bahawa pertumbuhan entiti ekonomi membangun di rantau ini akan kekal stabil pada tahun ini dan tahun depan.

Di samping itu ADB menurunkan unjuran pertumbuhan entiti ekonomi membangun daripada 5.7 peratus kepada 5.6 peratus berikutan kadar pertumbuhan ekonomi di India lebih rendah daripada jangkaan. Manakala, unjuran kadar pertumbuhan 5.7 peratus pada tahun depan tidak berubah.

Menurut laporan itu, kadar pertumbuhan ekonomi China dijangka mencatat 6.6 peratus pada tahun ini dan 6.4 peratus pada tahun depan. Selain itu, kadar pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Tenggara akan mencatat 4.5 peratus pada tahun ini dan 4.6 peratus pada tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China