Laporan Perkembangan Pelajar China yang Menuntut di Luar Negara Tahun 2016 yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan bahawa jumlah pelajar China yang menuntut di luar negara mencatat 1.26 juta orang pada tahun 2015, mewakili 25 peratus daripada jumlah dunia.

Manakala, pelajar asing yang mengikuti pengajian di China pula mencatat 397.6 ribu orang.
Menurut kaji selidik, China adalah antara negara sumber pelajar asing yang terbesar bagi Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain dan Australia.








