Kumpulan militan antikerajaan Syria belum berundur dari bandar Aleppo seperti yang dijadualkan sebelum ini. Sebaliknya, berlaku pertempuran sengit antara kumpulan militan dengan tentera kerajaan.
Menurut sumber dari Aleppo, pelbagai pihak telah menghentikan tindakan ketenteraan pada awal pagi semalam, beberapa bas turut disediakan oleh kerajaan Syria di luar daerah Salaheddin, timur Aleppo.
Namun, urusan perpindahan tidak dapat dijalankan mengikut jadual. Sebaliknya, konflik kekerasan tercetus lagi, yang turut mencabuli perjanjian gencatan senjata.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ketika menghadiri persidangan di Moscow semalam berkata, Rusia berharap kawasan timur Aleppo dapat ditawan semula dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.
Beliau berkata, pihaknya akan membuka jalan keluar kepada penduduk awam tempatan, manakala kumpulan militan juga diharap dapat segera berundur dari Aleppo.