Cari:
Anak Patung Tema Kota Larangan Dapat Sambutan
2016-12-15 13:12:06 CRI Cetak

Forbidden City atau Kota Larangan di Beijing walaupun sudah bersejarah selama 600 tahun, namun masih tidak ketinggalan zaman, sebaliknya terus mendapat sambutan hangat daripada generasi muda.

Anak patung yang comel sebagai maskot Kota Larangan sudah dijual kira-kira RMB1 bilion (kira-kira RM643 juta) pada tahun ini.

Selain itu, pelbagai teknologi tinggi dan media baharu turut digunakan untuk memudahkan pelancong dan menarik perhatian pengunjung muda.

Naib Kurator Muzium Kota Larangan, Lou Wei berkata, beberapa aplikasi telefon bimbit seperti Kota Larangan Harian dan Pameran Kota Larangan telah ditawarkan untuk memudahkan para pengguna Internet "melawat" ke Kota Larangan dengan hanya berada di rumah.

"Kami menawarkan permainan Pengembaraan Kota Larangan untuk membawa budaya Kota Larangan kepada semua orang", kata beliau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China