Suruhanjaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) mengumumkan bahawa kadar faedah akan dinaikkan daripada 0.5% kepada 0.7%.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FED selepas mesyuarat rutin mengenai dasar matawang kali terakhir pada tahun ini, indeks ekonomi pada bulan November menunjukkan bahawa pasaran pekerjaan di negara itu terus menjadi dinamik, perbelanjaan keluarga meningkat sederhana, kegiatan ekonomi mengekalkan momentum peningkatan sederhana. Namun, pelaburan aset tetap perusahaan terus merosot.
Menurut kenyataan itu, walaupun tahap inflasi di negara itu meningkat sejak awal tahun ini, namun masih lebih rendah daripada sasaran dalam jangka masa panjang, iaitu 2%.
FED buat pertama kali menaikkan kadar faedah dalam tempoh 10 tahun lalu pada Disember 2015, yang menandakan permulaan proses penormalan dasar matawang.