Cari:
Beijing Hadapi Jerebu Paling Serius
2016-12-16 14:55:50 CRI Cetak

Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China semalam memberitahu media bahawa bermula 16 hingga 21 Disember ini, bandar Beijing, Tianjin, provinsi Hebei dan kawasan sekitarnya akan mengalami pencemaran udara yang serius, dengan 23 buah bandar di kawasan terbabit mengeluarkan amaran merah.

Kementerian tersebut menggesa kawasan-kawasan terlibat agar segera menyediakan pelan tindak balas kecemasan.

Menurut ramalan oleh Stesen Pemantauan Alam Sekitar China bahawa Beijing, Tianjin dan 21 bandar lain di provinsi Hebei, Shanxi, Shandong dan Henan berkemungkinan besar mengalami pencemaran udara udara yang teruk selama empat hari, termasuk lebih dua hari pada paras bahaya.

Amaran peringkat merah dikeluarkan berdasarkan ramalan tersebut.

Ini merupakan pencemaran udara yang paling teruk sejak musim gugur tahun ini di kawasan tersebut.

Menurut Pengarah Stesen Pemantauan Alam Setikar China, Bo Chouyong, antara punca pencemaran kali ini termasuklah keadaan cuaca yang kurang baik, pelepasan bahan pencemaran tempatan, dan kesan tambahan pencemaran di kawasan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China