Cari:
FED Naikkan Faedah
2016-12-16 15:41:12 CRI Cetak

Mesyuarat Suruhanjaya Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) mencapai persepakatan pada pagi 15 Disember lalu untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, iaitu daripada 0.25 hingga 0.5 peratus kepada 0.5 hingga 0.75 peratus.

Kenaikan kadar faedah sebanyak suku mata itu telah dijangkakan dalam pasaran.

FED mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi di pasaran tenaga kerja dan keadaan inflasi.

Walau bagaimanapun, mesyuarat tersebut juga menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan sebanyak tiga kali pada tahun 2017, berbanding dengan jangkaan dua kali sahaja dalam mesyuarat FED pada bulan September lalu.

Setakat pukul 8 pagi 15 Disember, saham AS menurun, manakala indeks mata wang USD naik 1 peratus dan melebihi 102, sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

Hutang negara jangka pendek AS semakin bertambah dan harga minyak pula susut lebih 3 peratus.

Pihak berkuasa China mengumumkan bahawa kadar pertukaran Renminbi dengan USD menurun 261 mata asas, mencatat 6.9289 pada 15 Disember lalu.

Hal tersebut menunjukkan rekod terendah dalam tempoh 8 tahun.

Para penganalisis berpendapat, kenaikan kadar faedah tersebut tidak akan membawa pengaruh besar kepada pasaran kewangan China kerana pasaran telah awal-awal memberikan reaksi terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah kali ini.

Yang penting ialah rancangan kenaikan kadar faedah 2017 yang bakal diumumkan FED.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China