Cari:
Perhimpunan Sempena Ulang Tahun ke-79 Pembunuhan Beramai-ramai di Nanjing
2016-12-16 16:59:08 CRI Cetak

Persatuan dalam kalangan rakyat Jepun "NO MORE NANJING" telah mengadakan satu perhimpunan di Tokyo pada 15 Disember lalu sempena ulang tahun ke-79 pembunuhan beramai-ramai di Nanjing, yang turut disertai oleh ratusan pakar dan penduduk tempatan.

(perhimpunan pada thaun lalu)

Kurator Muzium Pembunuhan Beramai-ramai di Nanjing, Zhu Chengshan menyeru Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe agar mengunjungi Nanjing untuk meminta maaf kepada semua mangsa yang terkorban.

Menurut beliau, di Jepun terdapat kumpulan sayap kanan yang menafikan sejarah, walau bagaimanpun masih terdapat ramai lagi yang mengakuk sejarah dan mahu mengambil iktibar daripada sejarah.

Pada tahun 1994, Zhu Chengshan dan mangsa yang terselamat dalam pembunuhan di Nanjing itu telah melawat ke beberapa bandar di Jepun untuk menyampaikan ucapan dan mengadakan perhimpunan kumpulan testimoni pembunuhan beramai-ramai di Nanjing atas undangan satu persatuan dalam kalangan rakyat Jepun.

Sejak itu, setiap tahun terdapat persatuan dalam kalangan rakyat di Jepun mengundang penduduk Nanjing yang terselamat dalam pembunuhan tersebut, melawat ke Jepun untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan penduduk tempatan.

Profesor Kehormat Universiti Ryukyu, Nobuyoshi Takashima berkata, kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang cuba mencapai persefahaman semasa lawatan Shinzo Abe ke Pearl Harbor akan menjadikan tanggungjawab peperangan semakin kabur.

Tiada masalah sekiranya Shinzo Abe mahu mengunjungi Pearl Harbor, namun beliau seharusnya melawat ke Nanjing dan Asia Tenggara untuk melahirkan rasa dukacita kepada mangsa tempatan yang terkorban dalam pencerobohan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China