Pemindahan penduduk tempatan dan kumpulan militan dari timur Aleppo ditangguhkan buat sementara waktu.
Rusia yang menyokong kerajaan Syria berkata, operasi untuk mengeluarkan pejuang dan keluarga mereka dari kawasan tersebut telah lengkap.
Walau bagaimanapun, menurut laporan AFP bahawa pemindahan itu hanya ditangguhkan. Sekurang-kurangnya 6,000 orang telah meninggalkan bandar itu sejak Khamis tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sekurang-kurangnya 50,000 masih terperangkap.
Tentera kerajaan telah menguasai hampir semua kawasan yang dikawal pemberontak di timur Aleppo.
Sumber: Utusan Online