Cari:
13 Terbunuh Letupan di Tengah Turki
2016-12-18 14:40:24 CRI Cetak

Sekurang-ku­rangnya 13 anggota tentera terbunuh manakala 55 lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom kereta di tengah Turki awal pagi ini.

Stesen penyiar NTV yang memetik kenyataan tentera Turki me­laporkan, insiden itu berlaku ketika pasukan tentera tersebut dalam perjalanan ke Kayseri untuk satu prog­ram lawatan dengan menaiki bas.

Gabenor Kayseri, Suleyman Kamci menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

Difahamkan, letupan itu berlaku di sebatang jalan berhampiran Universiti Erciyes kira-kira 300 kilometer ke selatan Ankara. Menurut saksi, bahagian kiri bas yang dinaiki anggota tentera itu gagal mengelak daripada terkena letupan tersebut dan asap hitam kemudian kelihatan berkepul-kepul ke udara.

Pada masa yang sama, beberapa keping gambar menunjukkan api masih kelihatan pada kende­raan itu serta kawasan sekitarnya yang dipenuhi salji.

Setakat ini, tiada pihak dilaporkan mengaku bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

Sumber dari Utusan Online.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China