Cari:
PBB Mengundi Hantar Pemerhati ke Aleppo
2016-12-18 14:45:15 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengundi awal dalam beberapa hari ini untuk membolehkan pemerhati antarabangsa dihantar ke Aleppo, Syria.

Ini susulan draf cadangan yang dikemukakan Perancis agar pemerhati PBB dihantar seberapa segera ke Aleppo bagi memastikan pengagihan bantuan antarabangsa memasuki kawasan bergolak itu.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Samantha Power memberitahu pemberita selepas mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan di ibu pejabat PBB bahawa pegawai PBB sudah berpangkalan di Syria namun perlu segera dihantar ke Aleppo bagi tujuan melindungi orang awam.

Sumber dari Berita Harian

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China