Cari:
Isu Wilayah Rusia dan Jepun Masih Buntu
2016-12-18 14:50:03 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Rusia, Vladimir Putin memutuskan untuk menggerakkan perbincangan tentang kegiatan ekonomi bersama di pulau-pulau yang dipertikaikan kedua-dua pihak, namun isu pemilikan pulau-pulau itu masih menghadapi kebuntuan.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan tersebut, Shinzo Abe berkata, Jepun dan Rusia akan mengadakan perbincangan tentang "sistem khas" mengenai kegiatan ekonomi bersama di Wilayah Utara yang dipanggil oleh Jepun dan Kuriles Selatan yang dipanggil oleh Russia, namun pendirian Jepun terhadap isu wilayah ini tidak berubah.

Kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama menerangkan bahawa pihak-pihak berkuasa berkenaan dari kedua-dua negara akan mengadakan rundingan mengenai syarat, kaedah dan bidang bagi aktiviti ekonomi bersama di pulau-pulau tersebut, dan ini merupakan langkah penting bagi memuktamadkan perjanjian damai.

Sebelum melawat ke Jepun, Putin pernah menegaskan bahawa tidak wujud isu wilayah antara Rusia dengan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China